Amalan.

*Amalan yg dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber*
1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi.
2) AlMulk sebelum tidur.
3) Sedeqah subuh hari2.
4) Ayat kursi lepas solat.
5) Selawat pada hari jumaat melebihi zikir2 lain.
6) Berwudhu 10min sblm azan, off hp dan berzikir utk siapkan batin sblm solat agar dapat nikmat dlm solat.
7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh.
8) Seindah2 ibadah – membaca istighfar 10min sblm azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walau olok2. (waktu sahur).
9) Mencari kawan2 soleh utk mendapat shafaat mereka – amalkan ” wa adhil na biroh matika fi i’baadikas solihin” ertinya: jadikan kami dalam rahmatmu bersama para solihin.
10) Setiap kali masuk masjid cari Al Quran dan baca walau 1 ayat utk tambah saksi di akhirat.
11) Jika mohon syurga, mohon syurga Firdaus Al A’la..mohon yg paling tertinggi.
12) Khatam 1 juz sehari – 1 helai sblm solat dan selepas solat.
13) Rutinkan baca Al-Baqarah setiap hari kerana bawa keberkahan – keluarga bahagia.
14) Solat witir sblm tidur ditakuti tak terbangun tahajud utk lakukannya agar menjadi ahli witir.
15) Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji.
16) Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt.
17) Ahlul Quran yg dimasukkan ke dlm neraka sementara utk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka.
18) Sunat baca Al Fatihah tanpa bersambung utk tunjukkan adab krn membaca Al Fatihah umpama berdialog dgn Allah.
19) Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air utk jadikan ubat – 1x,3x atau 7x.
20) Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah.
20) Dlm tiap amalan titip pahala utk ibubapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.
21) Kurangkan bicara ttg dunia gantikan dgn zikir supaya hati tenang.
22) Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tak sibukkan aib org.
23) Semalas2 sunat qabliah/ba’diah jgn tinggal qabliah subuh kerana martabatnya wajib.
24) Jika ada hajat amalkan Hasbunallah Wani’mal Wakil sebanyaknya dan jaga hubungan dgn Allah pasti makbul.

Advertisement

Fitnah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155941349420952&id=157851205951
Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh PH ialah kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab untuk .menyemarakkan kemarahan orang ramai terutama pemandu-pemadu teksi terhadap saya dan isteri.

Sehingga ramai yang termakan hasutan dan fitnah ini.

Selepas PRU14 pula, PH berlumba-lumba untuk berkerjasama dengan Grab.

Kalau ianya benar bahawa Grab adalah milik isteri saya, mengapa Menteri-menteri PH nak berkerjasama serta memuji Grab?

Sebelum PRU14, PH kata Grab ialah Rosmah punya.

Selepas PRU14, PH kata Grab ialah Anthony Tan punya.

Senang kerja PH tanpa sebarang rasa malu atau bersalah selepas kantoi berfitnah dan menipu.

Kebenarannya ialah Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika saya PM.

Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara – suatu kebanggaan untuk negara.

Ada kemungkinan fitnah isteri saya pemilik Uber dan Grab ini timbul apabila saya mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula kerana saya dapat lihat potensi dalam syarikat ini.

Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.

Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai US$11 bilion (RM46 bilion).