Fitnah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155941349420952&id=157851205951
Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh PH ialah kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab untuk .menyemarakkan kemarahan orang ramai terutama pemandu-pemadu teksi terhadap saya dan isteri.

Sehingga ramai yang termakan hasutan dan fitnah ini.

Selepas PRU14 pula, PH berlumba-lumba untuk berkerjasama dengan Grab.

Kalau ianya benar bahawa Grab adalah milik isteri saya, mengapa Menteri-menteri PH nak berkerjasama serta memuji Grab?

Sebelum PRU14, PH kata Grab ialah Rosmah punya.

Selepas PRU14, PH kata Grab ialah Anthony Tan punya.

Senang kerja PH tanpa sebarang rasa malu atau bersalah selepas kantoi berfitnah dan menipu.

Kebenarannya ialah Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika saya PM.

Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara – suatu kebanggaan untuk negara.

Ada kemungkinan fitnah isteri saya pemilik Uber dan Grab ini timbul apabila saya mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula kerana saya dapat lihat potensi dalam syarikat ini.

Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.

Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai US$11 bilion (RM46 bilion).

Khazanah.

SEBAB KHAZANAH RUGI

Oleh: ISHAM JALIL

Banyak analisa telah dibuat berkenaan kerugian Khazanah sebanyak RM6.3 billion.

Saya mempunyai sedikit sebanyak latarbelakang dalam bidang pelaburan dan kewangan, dan pernah bekerja dalam bidang ini dan mempunya sarjana kewangan dari Wharton, sekolah kewangan tertua di dunia.

Saya ringkaskan sebab-sebab kerugian ini dengan bahasa yang mudah difahami ramai seperti berikut:

Khazanah rugi sebab aset-asetnya jatuh nilai sebab pasaran saham yang tidak memberansangkan.

Pasaran saham tidak memberansangkan sebab keadaan ekonomi negara yang merudum.

Ekonomi negara merudum antara sebab utamanya ialah pelabur lari akibat ketidakcekapan pentadbiran Kerajaan PH dan dasar-dasar mereka yang meranapkan ekonomi negara serta kesan tindakan-tindakan mereka seperti berikut:

Sebagai contoh, dasar SST, kejatuhan eksport akibat hubungan tidak baik dengan negara-negara pengimport hasil Malaysia, kehilangan pekerjaan rakyat, kos sara hidup rakyat meningkat, kejatuhan pasaran kepenggunaan domestik i.e. rakyat tidak berbelanja, ke-tidakstabilan politik kerajaan PH, halatuju ekonomi yang malap, etc. etc.

Aset-aset Khazanah dalam pelaburan-pelaburan mereka dan juga dalam syarikat-syarikat berkenaan kerajaan (GLC) termasuk yang disenaraikan seperti TM, TNB dan sebagainya telah jatuh nilai dan harga akibat sebab-sebab di atas.

Apabila aset-aset ini dinilai secara nilai pasaran terkini atau ‘mark-to-market’ kepada nilai semasa atau harga pasaran semasa di bursa saham, maka nilainya jatuh dan terpaksa direkod sebagai kerugian.

Kerugian ini mencecah berbilion ringgit.

Apabila Menteri Ekonomi atau Menteri Kewangan PH cuba menyalahkan kerajaan BN dahulu pula berkenaan hal ini, ia langsung tidak masuk akal dan umpama menganggap rakyat mudah diperbodohkan.

Mereka sebenarnya menembak kaki sendiri.

Kerugian ini adalah salah pentadbiran Kerajaan PH sendiri dan dasar-dasar mereka.

Mereka tidak boleh lagi salahkan orang lain.

Semasa pentadbiran Kerajaan BN dahulu, Khazanah tidak pernah rugi sebegini walaupun semasa krisis ekonomi sub-prime pada tahun 2008 di mana syarikat pelaburan utama kerajaan negara jiran iaitu Singapura, Temasek rugi beratus juta dollar.

Khazanah mencatatkan keuntungan dan peningkatan nilai aset sebanyak berbillion ringgit semasa pentadbiran BN namun sebaliknya berlaku dalam tempoh hanya 10 bulan sahaja PH memerintah.

Apabila Khazanah dan syarikat-syarikat ini rugi, maka ramai lagi rakyat dijangka akan dibuang kerja.

Dan Kerajaan PH akan menjadikan kerugian ini sebagai alasan untuk menjual lagi aset-aset kerajaan.

Kedua-dua kesan di atas akan menekan lagi rakyat dan merugikan negara.

KESIMPULAN: Kerajaan PH dan Menteri-menteri PH ini memang hancur. Rakyat semakin susah dan tertekan kerana mereka.

Kita perlu berbuat sesuatu.

ISHAM JALIL
6 Mac 2019